Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Wednesday, September 16, 2009

Pintas

Hah..

Lama tak berkunjung blog orang lain dan mencoret sesuatu di blog sendiri. Banyak sudah berubah dan ada blog yang semakin menakutkan aku.

Aku sudah lama tidak mencoret kerana punya banyak tanggungjawap kini. Hari ini aku kepenatan dan sudah sampai tika untuk masa aku sendiri.

Kenangan III masih tidak tercoret. Mungkin sampai masa aku akan sambung.

Tika sampai nanti..

Friday, May 22, 2009

aku : Kenangan II

Sambungan...

Membesar dan dipertanggungjawapkan sebagai ketua tingkatan seterusnya pengawas dan terus ketua pelajar tetapi berkali nama tercatit didalam buku rekod hitam pengetua (Buku hitam:kanak-kanak nakal)
Kesekolah menengah agama yang mana bagaimana dapat melepasi segala peperiksaan tanpa sangkut akan tingkatan masih menjadi tanda tanya. (Sekolah agama aku jika anda gagal anda perlu mengulang tingkatan) Mungkin nasib. Dimana minat makin pudar dan keputusan keluar jauh dari keagamaan menjadi titik mula siapa aku kini. Kebosanan kehitaman dan titik statik aku selama 3 tahun berakhir sudahnya. Banyak kepahitan berlaku dan harapan perhentian seterusnya menjanjikan kegembiraan.
Perasaan takut seakan hilang dan sifat angkuh dijulang. Siapa aku dimenara gading terbentuk bilamana aku bermula menjejakkan kaki ke dunia baru. Masa bersama keluarga tamat dan bermula detik berdikari yang membentuk peribadi aku. 2 tahun berlalu dan tamat jangkamasa aku untuk melangkah kedunia seterusnya.
Rakan sebaya yang tidak tahu akan erti kepentingan ilmu dan bulat mata mereka bila kertas keputusan aku ditunjukkan kepada mereka kerana aku yang terbaik antara mereka walau biar la diri kerdil ini menjadi teman kamu semasa ponteng, menconteng bangunan, pecah masuk bilik barangan rampasan, ini lah tokan, ini la pembuat medium untuk terbang kelangit terbaik , yang tidur dengan nyenyak tidak kira waktu bila, disumpah seranah oleh pendidik, berparang, pergaduhan tapi diri ini lah antara yang boleh menjadi kebanggaan pendidik yang mana menjadi penentu aku ke menara gading tanpa dijangka oleh sesiapa. Tidak lupa juga salah seorang dari pemegang prinsip "Buat jahat jika anda mahu, malah buat apa sahaja yang anda mahu..Tetapi pastikan anda tidak ditangkap" aku berjaya terapkan prinsip ini dalam hidup aku hingga kini.

bersambung..menara gading..

Nota : Ya..pakaian hari rabu beliau..tidak sabar pakaian hari jumaat nanti.

Thursday, May 21, 2009

aku : Kenangan I

Pernah satu ketika dulu aku suka merungut dan kerana itu aku tak kemana dan malah aku hilang segalanya sebab hanya rungutan. Semua tampak salah pada mata aku nan mana memang jiwa muda aku demikian gamaknya. Banyak kesilapan pernah aku lakukan dan tidak segan aku nyatakan apa yang aku hilang masih lagi terbayang setiap pagi bila dibuka mata ini. Beban ini makin lama makin ringan tetapi masih ada tika ia menampar muka ini bila terkenang tapi apakan daya. Orang cakap yang berlalu biarlah berlalu dan itu aku lakukan tapi sejauh mana aku boleh lari bukan. Kan bagus bila kesilapan dilakukan aku hanya boleh tekan butang 'reset' dan aku boleh lalui semula malah untuk memilih tidak melalui semua.

Babak hidup aku yang tuhan bagi buat masa sekarang hanya sementara yang mana aku bersyukur aku boleh lari jauh cari siapa aku dan apa yang aku mahu dan masa semakin suntuk. Kemungkinan aku mati esok tetap ada bukan? tapi buat saat dan tika ini buat aku terasa syukur kerana walau sementara aku dapat merasakan perasaan bila aku dapat 'reset' hidup aku.

Tat kala ini aku terkenang akan apa yang aku lalui dari celik mata aku dan rokok pertama aku hisap....

Kanak-kanak pasif dan takut untuk mencuba tetapi mahu berada di tengah perhatian.

Bersambung.....


Nota : Gambar kenalan dan segala yang dipamerkan adalah dengan usahasama dan juga persetujuan dari semua pihak (Macam la beliau faham..maaf Megan :) )

Monday, May 18, 2009

Langkah Beta : Lari IX

Enjoy..Pagi ahad ini banyak agenda dan aku tak sempat hendak coretkan apa-apa..mungkin tiba tika nanti aku coretkan sesuatu..

Wednesday, May 13, 2009

TerJuMpa+tErfiKir+kOmEn : TABOLEHPIKIRKE?

Antara golongan yang aku tak boleh terima yang mana tidak mahu cuba atau fikirkan apa cara yang paling realistik untuk cuba tahu/belajar. Jeritan dimana-mana terdengar sedangkan yang jawapan bergelimpangan di'google' tetapi masih bangsat dan menganggap dirinya kurang arif tetapi tidak sedarkah pertanyaan am sedemikian sebenarnya membuatkan diri mereka kelihatan bodoh bangang tak reti bahasa? aku tidak hairan bagi yang berumur 40 tahun ke atas tetapi yang dibawah umur 30 tahun ini. Semua tunggu disuap. Wahai bangsat sekelian yang tunggu disuap, aku seorang bekas pekerja kedai basuh kereta yang sentiasa ditomah tetapi masih tersenyum dan kini poket aku jauh lagi tebal dari purata manusia yang pernah menghina aku. (Dengan izin tuhan). Walau aku bukan muslim yang baik tetapi yang mana boleh aku ikutkan aku cuba jalankan.

Tetapi yang golongan yang baru nak tumbuh bulu dan masih dengan rungutan pinjaman masuk lewat atau nan bekerjaya mamat burger ini yang buat aku terasa panas. Sifat memberontak entah kemana dan ya aku pernah diperlekehkan kerana bukan jiwa memberontak dan ya mereka kelihatan seperti hero pada ketika ini dan dimana mereka kini? Kebanyakkan bersembunyi dibelakang tiang lampu bila bersua dengan aku. Aku benci tika diajukan kenyataan "Kau boleh lah belajar tinggi" kerana sesungguhnya tiada sedikit bangga akan apa yang aku ada dan bezanya aku cuba berubah dari takuk lama ke takuk yang lebih.

Ikutkan aku hendak tikam sahaja golongan baru nak tumbuh bulu zaman sekarang ini. Bila aku katakan aku sokong pembersihan kaum bukan dari segi perkauman sahaja tetapi dari insan yang tidak mahu atau tidak cuba berusaha untuk menjadikan esok lebih baik dari hari ini. Tidak patut jika aku katakan mereka patut hilang dan tidak layak untuk hidup kerana aku bukan makhluk yang punya hak menentukan tetapi persoalannya adalah apa salahnya berusaha atau terus cuba berusaha dan berhenti merungut dan melemparkan alasan sebagai perkakasan mempertahankan diri.

Orang cakap (orang melayu sendiri), etika kerja diluar negara jauh berbeza dari orang Melayu disini tetapi sesungguhnya tiada perbezaan yang jelas aku lihatkan. Cuma beza di Malaysia yang kita lihat yang menyajikan makanan di restoran makanan segera majoritinya adalah Melayu (Mamat rempit, budak baru abis belajar, minah rumah flat yang bercelak hingga ketelinga) dan sesungguhnya sama di luar negara bezanya mereka berkulit putih (atau kulit warna asas kaum) dan etika kerja tidak la seindah mana. Kesimpulannya mudah, tidak pandai bersyukur dan bercakap guna apa yang ada dicelah kelangkang. "Jika semua jadi pemimpin, siapa mahu jadi pembersih tandas pemimpin" itu kenyataan yang paling berkualiti (yang mana aku kagum dan benci dalam masa yang sama) dari golongan yang aku hina. Kerana jelas kenapa mesti jadi pembersih tandas jika anda mampu menjadi pemimpin jika berusaha.

Parti ini katakan ini, parti itu katakana itu, tetapi yang merungut tak kemana adalah golongan berkopiah bulat yang kotor akibat raga motosikal mahupun juadan mee goreng mamak atau karipap mak semah sebelum pergi berarak. Golongan yang bertudung hingga hanya kelihatan mata, apa salahnya anda rajinkan diri membasuh pakaian anda agar kelihatan bersih.
Yang berisi/gemuk/paus/belon air/donut dan sentiasa bermuncung mulut mengata orang lain dan melenting bila diri dipersenda, apa kata anda bunuh diri sahaja? Bagi golongan masam atau yang masam tetapi tidak sedar, apa kata anda tanya insan tersayang apakah anda berbau supaya anda tidak kelihatan seperti babi dipakaikan skirt merah bila anda mula menggelakkan orang lain yang berbauk tengik?

Mungkin terlalu awal untuk aku katakan tetapi desis pekikan suara membandingkan Malaysia (Melayu) dengan negara luar yang mana rasa seperti ditindas. Sedarkah mereka sebenarnya mereka bukan ditindas tetapi sendiri yang mencari jalan untuk dihimpit. Yang kaya, anak tak dipukul tapi dipuja. Nan kurang kemampuan hanya putus harapan dan melepaskan anak sewenangnya. Tak kedengaran anak dilibas seperti satu ketika dulu.

Bila tarikh perkahwinan hampir tiba dalam fikiran hanya persetubuhan, apa yang hendak dihairankan pun aku tidak mengerti. Mungkin kerana realitinya masih teruna pada umur 28 tahun dan ini peluang pertama dapat memegang buah dada wanita. Ditanya kenapa nak dihairankan, “halal” katanya tetapi tak pernah kelihatan dahinya cecah kesejadah. Purata manusia merasakan diri mereka adalah pelakon utama dan dunia berputar ikut paksi jari mereka dan apa salahnya dari cuba mencari kesalahan orang lain, cuba tika berhenti seketika dan lihat apa yang anda ada? Anda Hero? Heh..

Golongan baru nak tumbuh bulu yang “ah..aku benci politik..bosan” tipikal gadis yang tidak ingin ambil tahu sedangkan diri akan jadi ibu suatu hari nanti dan dalam Melayu secara automatik akan berharap anak akan menjaga kamu bila mereka besar nanti. Orang kata anak seperti saham tetapi bagaimana anda melabur? Apakah anak anda masih memegang kad kredit anda untuk mengisi minyak kenderaan pada umur lewat 20an? Tetapi tanpa politik siapa kamu? Tetapi tak bermakna anda perlu kelihatan bangsat berarak kesana-kesini. Kamu hanya perlu ambil tahu dan walau anda bagus bagaimana dalam pendidikan bila tiba masa anda bekerjaya ini isu yang akan mereka bangkitkan. Kamu hanya perlu tahu dan tidak perlu buat apa-apa jika anda tidak mahu kerana percaya atau tidak. Politik yang buat teh ais, roti canai masih boleh dihidangkan kepada khalayak ramai.

Aku rindukan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tak kira apa orang katakan dan ya mungkin beliau lebih kepada ala-ala diktator tetapi jika warga luar boleh katakan “Harimau Malaya bukan Malaysia tetapi Mahathir Mohamad” aku cukup bangga. Dalam erti kata lain tanamkan sikap ambil tahu (Bukan ambil tahu insan yang bercerai, berpisah atau ditangkap khalwat) tetapi perkara asas dan apa salahnya mengajar diri untuk belajar dan bukan sahaja tunggu untuk mepuja atau dipuja.

Dunia tidak berhenti untuk kamu dan sesungguhnya aku memang jenis tidak berhenti untuk sesiapa dan jika kamu masih ditahap dimana kamu berada sekarang maka anda sudah kehilangan hak untuk merungut (boleh jika anda hendak kelihatan seperti bangsat)

Kunci kata hari ini, “BERUSAHA dan jangan merungut” / “BUAT dan jangan merungut” Pada aku, pepatah "malu bertanya sesat jalan" sudah tidak boleh diterima pakai lagi secara asas. “Berusaha untuk tahu akan kemana arah tuju dan bertanya hanya untuk pendapat agar dapat pertimbangkan jalan lain” adalah pepatah zaman kini.

Tuesday, May 12, 2009

Langkah Beta : Lari VIII

Curi tulang kerana sakit otak dan perlu berbicara dalam bahasa Melayu dan tika pulang kerumah aku luahkan kehendak aku kepada dia dan kami pun berbual seperti ayam dan itik berbicara dalam masa 3 minit dan dek kerana tidak dapat menahan air mata kelucuan, aku pasrah.
Aku agak sibuk semenjak dua menjak ini (Sibuk buat sesuatu yang sosial) dan tidak punya masa untuk menyendiri dan aku rindukan akan masa aku menyendiri. Butang kamera aku sudah lama tidak aku tekan kerana aku sentiasa punya perkara lain perlu aku lakukan. Mungkin tika masa aku selesaikan apa yang perlu aku buat dan apa yang nafsu aku mahu baru aku akan aku coretkan yang terbuku di sudut rusuk kiri aku ini.
Lalu kami ke suatu tempat yang mengidangkan "hook-ah" (aku ingatkan apa la..shisha rupanya). Terjeling juga aku kalau ada hidangan kepak ayam madu tetapi ternyata itu hanya khayalan.
Tenang sahaja kakak ini merokok di stesen minyak dan aku kagum kerana ini adalah senario biasa disini.

Thursday, May 7, 2009

Langkah Beta : Lari VII

Pemakaian rakan sekerja..ada kah patut berpakaian sedemikian ke tempat kerja? Mesti lah patut pada aku sebab aku terasa aku lebih produktif dengan pemandangan sebegini setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat kerana seperti penjelasan yang diberikan oleh beliau. Itu hari beliau ingin bergaya mengiurkan. Aku teringin sangat memasak semalam kerana sudah lama aku tidak memasak. Memasak adalah medium terapi untuk diri aku dan kali ini aku memasak kerana dua sebab. Kerana beliau dan juga kerana aku memang hendak memasak. Dan ini masakan Melayu pertama aku sejak sekian lama dan berani aku katakan inilah hidangan paling sempurna pernah aku hasilkan. Oleh kerana aku tahu agak pedas untuk beliau jadi aku mengajar beliau cara makan makanan pedas. (McD mereka tiada sos cili dan di pasaraya mereka sos cili diletakkan di bahagian antarabangsa atau bersama herba/perencah tidak bersama dengan sos tomato dan setakat ini aku masih tidak jumpa sos yang aku mahu)
Pertama kali katanya beliau makan nasi menggunakan tangan dan kami bergelak ketawa kerana sesungguhnya beliau seperti kanak-kanak 5 tahun tika cuba menyuapkan nasi kedalam mulutnya. Aku cuma masak ayam goreng kunyit masak merah, telur dadar dan sayur masak air yang mana modifikasi telah dilakukan kerana tiada bahan yang cukup.Perbezaan fizikal kami dan kami perlu ubah cara hidup kami sekarang kerana kami berdua selalu tidak cukup tidur sejak kebelakangan ini.Bekalan rokok aku dari tanah air sudah kehabisan dan ini rokok tempatan kedua yang mana buat aku sebak. (Kos USD5.00) Dan di sini aku selalu disuruh menunjukkan passport setiap kali masuk ke bar dan juga tika hendak membeli rokok. Harap Malaysia juga akan mempraktikan cara ini bukan sahaja boleh membuatkan orang macam aku terasa muda malah boleh menyusahkan budak-budak sekolah.

Wednesday, May 6, 2009

Aku : ...

Monday, May 4, 2009

Langkah Beta : Lari VI

Hurm..penyakit selsema babi sudah membunuh 20 orang setakat ini dan aku terfikir akan tentang kewujudan virus sebegini. Dari virus selsema burung, selsema babi dan pelbagai virus yang seolah dicipta oleh seseorang atau sesebuah organisasi dan bukan oleh semulajadi. Mungkin aku seperti paranoid tetapi berlandaskan pengalaman dan dari pergaulan aku dan apa yang aku lalui aku rasa ianya logik. Sila tonton cerita sebegini untuk memahami apa yang aku repekkan . Pembersihan kaum seperti tika zaman Nazi, Indonesia amat aku kagumkan dan sesungguhnya aku harapkan pembersihan dapat jua dilakukan di Malaysia (Ya aku ada isu perkauman). Aku jenis tidak suka 'kotor'kan tangan tetapi tidak bermakna aku tidak suka lihat orang 'kotor'kan tangan mereka. Ada aku terbaca tentang hendak mengurangkan insan di muka bumi agar bumi lebih stabil yang mana kaum terbaik atau dalam erti kata lain yang terkejam yang akan terus berada di muka bumi. Alasan bumi sudah kepenatan tidak lagi menjadi persoalan pada aku kerana aku percaya yang mana sampai tika nanti manusia akan terus membunuh sesama sendiri dan menusia kembali kepada zaman perang berkuda.

Kelmarin aku ke sebuah majlis pertemuan bulanan umat Islam di sini yang mana aku kagum dengan kecekalan dan keakraban mereka dan terdapat insan kulit hitam dan juga putih yang bertudung dan ramah mesra. Buat aku tersenyum dan mungkin minggu hadapan aku akan ke masjid dan aku mahu lihat dengan mata kepala aku sendri akan perbezaannya dengan di tanah air.


Malam semalam hari lahir kenalan baru disini yang mana disambut dengan alar kadar tapi dengan gelak tawa yang membuatkan aku kekejangan rahang. Pulang dari sambutan hari lahir beliau dan teman rapatnyanya, kami pulang dan berbual hingga tika subuh. Sesungguhnya aku gembira bersama beliau dan ya mungkin beliau adalah insan kulit putih pertama yang direkodkan sedang menikmati choki-choki. (Mungkin..)

Indah bila kehidupan mengeset semula, yang mana tiada yang tahu akan asal usul kamu dan tiada apa yang perlu dirahsiakan (Walau bukan untuk selamanya)

Apabila ditanya apa yang direnungkan hanya satu jawapan yang terlintas..Sampai bila..

Apabila ditanya..Kenapa mesti lari..jawap aku..Aku pengecut..

Apabila ditanya..Insan seperti apakah kamu..jawap aku.."Penuh dengan bagaimana jika@kemungkinan"

Apabila ditanya..Apa pandangan kamu tentang agama? jawap aku.. "Pegangan, kepercayaan dan harapan adalah sesuatu yang sangat berbahaya jika hilang atau tiada dalam diri dan aku perlu tahu akan sebab kenapa aku disini.."

Apabila ditanya..Kenapa kamu selalu tersenyum sendirian? jawap aku..Teringat kenangan lalu dan cuba mengajar diri supaya tidak mengulangi kenaifan diri sendiri dan juga mengajar diri supaya tidak lupa yang aku punya banyak pengalaman indah.

Apabila ditanya..Jika aku ingin mendengar cerita dari bibir kamu, cerita bagaimana yang akan kamu ceritakan? Tentang seseorang yang hilang segalanya dan berusaha ingin memiliki segalanya.

Pabila ditanya..bagaimana kamu mengukur kemampuan kamu..jawap aku..Aku tidak..Kerana aku hanya akan buat..Kerana aku tahu..ia hanya antara gagal atau berjaya..buat atau tidak..hidup atau mati..

Apabila ditanya..Bagaimana kamu menilai diri kamu sendiri? jawap aku..Tiada jawapan untuk itu tetapi aku boleh katakan..Ada orang katakan aku seorang yang bangsat dan ada juga orang katakan akulah insan terindah..

Apabila ditanya..Bagaimana untuk mengatakan "LOVE" dalam bahasa melayu..jawap aku..kasih sayang, suka, cinta, kegemaran, minat, kekasih, buah hati dan kamu perlu tahu yang mana sesuai untuk dipakai untuk tiap situasi. Bahasa kami indah jika kamu tahu bagaimana hendak menggunakannya. Dengan bahasa kami, kami mudah meluahkan rasa dilubuk hati tetapi sesungguhnya aku lihat seperti kami tidak lagi menghargainya.

Apabila ditanya..Siapa aku pada kamu? jawap aku..Mimpi..

nota : Telah dialih bahasa..

Friday, May 1, 2009

Langkah Beta : Lari V

Apa yang aku lakukan dalam satu hari :
  1. Buat pertama kali lambat untuk jaji temu di luar negara (Sesat teruk).
  2. Pertama kali ditanya tarikh lahir dan diminta kad pengenalan diri semasa masuk sebuah restoran/bar.
  3. Pertama kali lepak di meja bar bertemankan air teh ais.
  4. Pertama kali dicium wanita kulit putih.
  5. Pertama kali diajak masuk ke rumah di luar negara.
  6. Pertama kali melanggar lampu isyarat merah di luar negara.
  7. Pertama kali memasak di luar dari negara.
Kesimpulan...beliau sangat fleksibel..beliau boleh buat pergerakan-pergerakan ini dengan tenang.dan kami telah beraksi sebegini yang mana aku tergelak nangis-nangis..sebab aku tak boleh terima..kerana ianya terlalu bagus untuk jadi realiti pada aku.tak perlu aku ceritakan mungkin..aku serahkan kepada imaginasi kamu. Aku ada katakan pada awal dulu yang mana jika aku dijemput datang aku akan memuat naik gambar beliau jadi ini..Seperti yang di'janji'kan..

Mungkin beliau tidak seperti artis antarabangsa lain yang selalu ditonton dikaca tv tapi sekurangnya aku tak terasa seperti bersama dengan belon air asia, jauh lagi fleksibel, dan menghiburkan serta menyeronokkan.

Jika tidak kerana beliau tidak punya agama, dan beliau bukan Melayu (tak mungkin menjadi satu). Dapat aku bayangkan bahawa akan aku katakan kepada ibunda aku "mak..ini Beth Joy Reeves".

Nota: bukan nama sebenar

Wednesday, April 29, 2009

Langkah Beta : Lari IV

Apa yang aku lakukan dalam satu hari :
  1. Menonton permainan bola lisut secara langsung dengan mata kepala sendiri.
  2. Menonton 'home run' secara langsung dengan mata kepala sendiri buat pertama kali.
  3. Berdiri dan menyanyi lagu kenegaraan tempatan (Aku tak suka tapi terpaksa)
  4. Menjadi saksi seorang lelaki melamar teman wanitanya di khalayak ramai.
  5. Tidur di dalam kereta di negara asing.
  6. Turut serta dalam pembinaan sebuah rumah USD20,000,000.00 yang mana mempunyai dua kolam renang di halaman, satu kolam renang di dalam rumah dan mempunyai air terjun dan anak sungai buatan di belakang rumah yang mengalir ke arah padang golf peribadi.
  7. Dapat meluang masa dengan wanita yang sangat fleksibel :) yang mana nak jumpa kat tanah melayu sangat sukar. Yang mana "aduh du du du..sakit-sakit" "wak..lenguh lah.."
  8. Menjamah hummus segera yang mana aku terpengaruh dari menonton cerita You Dont Mess With the Zohan dan relevan cerita tersebut dengan hummus. (Bukan selera aku)
  9. Berbual dengan kaum kulit hitam (Memang rasa kurang selamat)
  10. Berbual dengan kaum hispanic (Memang mereka menakutkan)
  11. Meri..hurm..aku perlu lebih masa dengan beliau..
Beberapa perkara yang aku terikut-ikut sejak berada disini :
  1. Mengucap selamat kepada semua orang yang bertentang mata dengan aku.
  2. Bertanya kabar setiap kali berjumpa dengan rakan kerja.
  3. Mengucapkan selamat semasa datang dan balik dari kerja hampir kepada semua rakan kerja.
  4. Merokok dan menyimpan putung rokok didalam kotak rokok atau tong sampah yang sesuai.
  5. Bertanya kabar kepada setiap pelayan dan bukan hanya terus memesan makanan.
  6. Membuang sisa makanan dan menyusun kembali talam sesudah makan.
Kesimpulan buat masa sekarang :
  1. Kereta mungkin murah tetapi kos penyelenggaraan atau membaikpulih kenderaan teramat tinggi.
  2. Anda perlu ada lesen untuk memancing.
  3. Pendidikan rendah dan menengah sangat teruk tetapi berbeza di universiti.
  4. Insuran di negara ini tidak menjamin apa-apa tetapi jika anda tidak punya insuran kamu seperti "as good as dead"
  5. Tanggungjawap adalah sesuatu yang sangat ditakuti.
  6. Etika kerja yang tertumpu.
  7. Tidak punya jumlah cuti awam yang banyak seperti Malaysia.
  8. Kos modifikasi kereta adalah mahal dan walau undang-undang agak longgar bagi pengubahsuaian, tidak banyak yang mampu untuk mengubahsuai kenderaan mereka.
  9. Media mereka mengawal mereka dan mereka punya pengetahuan yang terhad terhadap dunia luar tetapi masih lagi punya sifat terbuka.
  10. McDonald di Malaysia jauh lagi hebat.
  11. Makan di luar mahal bukan sahaja pada aku tetapi kepada penduduk tempatan.
  12. Gaji agak sama dengan Malaysia jika anda tidak 'convert' contoh :
    Purata gaji bersih jurutera Malaysia RM2500 Purata gaji bersih jurutera disini RM2500 (Cukai mereka 30%) Purata jika anda makan diluar di Malaysia RM7 Purata jika anda makan diluar di sini USD 15-20. Jadi anda dapat bayangkan rationya bukan?
  13. Mereka sendiri tidak sukakan kereta tempatan. 'KIA' dan 'HYUNDAI' menjadi pilihan selepas 'Honda'.
  14. Dibuang kerja adalah perkara biasa.
Nota : Mungkin manusia selatan berbeza. Aku mungkin akan ke utara bulan hadapan dan aku mahu lihat perbezaan antara mereka. Sedangkan di Malaysia pun dipisahkan kurang dari 150km sudah tampak perbezaan dari cara pemakaian dan pemikiran.

Monday, April 27, 2009

Langkah Beta : Lari III

Aku kepenatan..aku mahu rehat..tetapi aku rasa aku hendak memuatnaik sedikit gambaran berkaitan dengan apa yang telah aku lalui hari ini..Tak kusangka aku telah diajak keluar orang wanita kulit putih dan sesungguhnya kami menghabiskan masa seharian bersama-sama..Aku berani katakan beliau adalah antara wanita terbaik yang pernah keluar bersama..Baik bukan bermaksud baik terhadap aku..tetapi bermakna kami telah menghabiskan masa berkualiti bersama..Dalam erti kata lain kami berbual seharian aku boleh berbuat kesimpulan yang kami agak serasi..Mungkin minggu ini beliau akan memasak sesuatu untuk aku di rumahnya..Choki-choki aku telah tinggal lagi dua pek dan beliau cuba meminta dari aku tetapi secara pantas aku mengubah topik supaya beliau lupa akan keinginan beliau untuk merasai choki-choki aku..Hahaha teruk bukan? Tetapi aku berjaya menyelamatkan choki-choki aku dari beliau..apa-apa pun..ini dia sedikit gambar untuk tatapan kamu semua dan maaf aku hanya boleh memuatnaik hanya sedikit kerana yang lain agak mesra dan hanya untuk tatapan aku dan dia dan juga mungkin kenalan rapat..Tetapi..aku telah berjaya menghabiskan hampir USD100 hari ini bersama beliau..Dan tahukah anda? Jika anda memilih kari ikan bersama nasi putih dan lassi mangga ia datang dengan kos USD25@RM90 di sini? Maka aku akan hargai masakan mamak selepas ini.. Celaka betul! Aku rindu Malaysia..
Oh ya..adalah satu tradisi disini yang mana perlu membayar akan tips. Contoh pengiraan :
  • Jika anda diservis : 10% (minima)
  • Jika anda rasa servis agak baik : 15%
  • Dan jika anda rasa pelayan itu cantik dan telah bergesel-gesel dengan kamu : 20% (Aku lemah iman)
So secara asasnya jika bil makan kamu USD 50. Maka ia akan menjadi USD50 + 7% (tax) + 20% (tips) = USD63.50. Menarik bukan? Dan ini adalah wajib.

Sunday, April 26, 2009

Sinis


Sekarang aku sering membaca blog dan ada ketikanya aku tersenyum sinis dengan apa yang tercoret. Ada pengalaman yang mereka lalui dan dianggap 'cool' dan tidak mahu dibohongi akan pembaca blog aku ini maka aku akui bahawa aku ingin punya kehidupan seperti mereka. Apa mungkin aku hidup begitu? Aku rasa tidak, kerana aku tidak dicipta untuk kehidupan demikian. Aku tidak punya genre muzik yang utama sebagai pilihan. Muzik era 60an pun termasuk dalam pilihan aku dan ikhlas kata zaman muzik aku terhenti di zaman 90an.

Aku pernah diperlekehkan oleh seorang punya pegangan 'punk' yang mana buat aku senyum kerana aku diperlekehkan oleh seseorang yang tidak punya kerja pada umur 27tahun, masih sebumbung dengan keluarga (tak punya salah tinggal dengan keluarga tapi jika masih meminta wang apa cerita?), dan tidak boleh mandi jika tidak punya air panas dan juga tidak boleh melintas jalan atas alasan panas, menggunakan ayat "serviette" dan mengatakan orang yang menggunakan perkataan tisu adalah orang yang ketinggalan zaman.

Paling menarik bila membaca tentang seseorang yang memperlekehkan orang lain dan ironiknya mereka yang tidak benar dalam cerita ini. Dan tak kurang juga yang membuat kesimpulan melulu tetapi aku agak setuju kerana sekurang-kurangnya mereka berani untuk mengemukakan pendapat dan mungkin tika tiba masa mereka akan sedar sendiri. Pada aku cara terbaik bagi seseorang untuk belajar adalah bila realiti memijak muka mereka.

Yang paling menarik mereka yang membandingkan negara sendiri dengan negara lain sedangkan mereka tidak punya langsung passport dan tidak pernah menjejakkan kaki ke lapangan terbang kecuali semasa menghantar sanak saudara untuk ke mekah.

Aku risaukan keadaan sekarang. Kita sedikit demi sedikit menjadi seperti hilang nilai yang membezakan kita dengan negara lain yang dikeji. Ibu bapa mula tidak menghormati pada guru dan lebih mempercayai anak lebih dari insan yang berpendidikan yang dipertanggungjawapkan untuk mendidik anak mereka. Ya..punya guru yang hanya ingin memperolehi akan wang pada setiap hujung bulan dan ada juga yang dibayar lebih dari sepatutnya mereka dibayar. Kegagalan anak-anak membuatkan mereka menyalahkan pihak lain , kemana pergi akan tika ibubapa menggunakan kata-kata sebegini kepada guru-guru "Pukul lah jika perlu jangan mati sudah".

Risau dengan :
  • Pendidikan di Malaysia semakin kebaratan dan remaja semakin bangsat
  • Insuran di Malaysia sedikit demi sedikit menjadi "trend" dan mungkin tiba masa nanti sesiapa yang tidak punya insuran akan ditinggalkan di tepi jalan.
  • Zaman tanggang yang sampai sudah tidak menjadi batu.
  • Zaman pemikiran rakyat yang makin cetek
  • Zaman penyembahan anak
  • Zaman pemberontakkan tak punya tempat
Tindakan :
  • Lu pikirlah sendiri

Thursday, April 23, 2009

Langkah Beta : Lari II

Hari ini aku mendapatkan diri aku seunit peta berinteraktif kerana aku perlu kenderaan ke tempat kerja. Maka sesi memilih kereta pun berjalan hari ini dan aku punya pas untuk masuk lewat. Maka dengan tenang aku cuma mendapat kan kereta ini sebab bagi edisi 2010 model ini masih lagi perlu dipesan awal.
Tetapi oleh kerana model ini telah di tempah awal akhirnya aku akur dengan.. (padahal tidak mampu)Maka bermula la hari kejanggalan aku dan aku berjaya dihon oleh pemandu lain untuk kali pertamanya sejak sekian lama. Tangan kiriku asyik ingin menukar gear tetapi ianya terletak di sebelah kanan. Sudahlah aku tidak suka dengan transmisi automatik tetapi aku yakin kereta aku seterusnya akan aku beli yang automatik. Tak mungkin aku mencari kenderaan berjenama parang dengan transmisi automatik. (hanya impian tetapi tidak memakna untuk tidak berusaha)
Aku rindukan keretaku yang mana aku boleh..
Walau masih tidak cukup laju akan ku pasti meningkatkan kemampuannya bila aku pulang nanti yang mana aku sendiri tidak pasti. Biarlah keluargaku melenjannya dengan jaya selama pemergian aku. Aku relakan. Disini punya sistem layan diri bagi membeli barang dapur dan tiada kuanter pembayaran tetapi "vending machine" (Kedai yang aku kerap pergi). Agak menarik tetapi agak janggal kalau kali pertama menggunakannya. Tetapi aku lebih suka ke kuanter yang mana interaksi sesama manusia tidak hilang. Dan yang paling penting aku jumpa apa yang aku cari..wassssssuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuupppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp

Wednesday, April 22, 2009

Langkah Beta : Lari I

Hurm..aku agak penat hari ini. Cuaca agak sejuk dan sesungguhnya rakan kerja menyuarakan kepelikan mereka tentang isu kenapa aku senang menyesuaikan diri dengan cuaca disini (kelihatan seperti). Sedangkan mereka perlu memakai jaket jika ingin berada diluar bangunan sedangkan aku dengan tenang hanya berbaju kemeja (singlet di dalam). Aku suka menahan kesakitan dan ketidak selesaan kerana pada aku ia seperti boleh memperkuatkan mental aku. Ini cara aku dan agak berkesan kerana aku lebih tampak tenang bila dalam kesusahan dan ini juga seperti latihan bagi aku untuk menjadikan aku kelihatan seperti tidak punya perasaan dan ini agak penting dalam kerja aku kerana aku boleh menipu orang yang hebat-hebat dengan ketenangan dan keadaan statik akan raut wajah aku.

Setakat ini banyak juga pengalaman baru aku disini dan semuanya baik belaka untuk setakat ini dan harap ia berterusan sebegini. Seperti dalam entri sebelum ini ada aku nyatakan akan bahawa aku seperti punya hidup yang aku mahu tetapi bukan di tanah melayu. Situasi yang tampak ironik dari kaca mata aku.

Di bawah antara gambar menu aku dan juga tempat tinggal aku sekarang yang mana aku amat sukai.

Suhu tempatan tika ini : 11C -.-'

Setakat ini aku masih lagi tidur di atas sofa ruang tamu kerana aku agak suka sofa ini berbanding katil yang tersedia dan sesungguhnya punya dua katil kosong yang mana dua-duanya bersaiz permaisuri. Kadang aku sendiri sangsi dengan diri aku dan yang penting esok akan meluang masa dengan janda 'panas' bermata biru.

hurm..terfikir sejenak. Nasib punya blog ini dapat juga aku berbicara dalam bahasa melayu. Hari ini aku hanya berbahasa ingeris, sedikit jepun dan sedikit Urdu.

Tuesday, April 21, 2009

Langkah Beta : Di mana 1

Hari-hari terakhir aku di tanah air tampaknya aku teringin makan sesuatu yang diluar dari kebiasaan dan aku telah membeli pelbagai jenis sushi ("Unagi" adalah pilihan utama) dan oleh kerana ianya agak lewat aku hanya makan semuanya di rumah. Dan pada keesokkan harinya aku makan nasi campur dengan berlaukkan petai yang mana beta tidak suka akan menu tersebut dan sesungguhnya jika ibunda aku tahu yang aku makan akan nasi berlaukkan kan petai mahu pitam hendaknya beliau.

Menuju destinasi, hanya ungkapan 'yum yum' yang terlintas di minda bila melihat gadis-gadis korean lalu lalang dan berpakaian yang jarang dilihat di tanah air (Di Ampang ada, tapi tidak mengiurkan sebegini). Tapi mungkin sesetengah dari kamu bertanya kenapa aku mengambil gambar dalam bilik air tetapi tidak gambar gadis-gadis tersebut. Sesungguhnya hanya di dalam bilik rehat sahaja yang terlintas di kepala untuk mengambil gambar dan gambar-gambar di atas hanya menunjukkan tanda yang menunjukkan kali pertama aku memberus gigi di rantauan dan juga.

Dan ini mungkin choki-choki pertama di sini mungkin nanti bila punya sambungan internet di apartment baru aku, aku akan naikturunkan lebih banyak gambar permandangan disini. Agak menarik dan agak sejuk tetapi aku seperti biasa akan cuba sedaya upaya untuk menyiksa diri yang mana aku hanya bersiar tanpa jaket sedangkan orang tempatan disini semuanya berjaket. Aku tidak suka berjaket jika hendak dipendekkan cerita.

Mungkin nanti bila punya masa, aku akan membuat satu kesimpulan dari pemerhatian aku akan kehidupan di sini. Agak membuka mata dan aku suka disini, aku punya hidup yang aku mahu disini. Ironiknya akan situasi yang aku lalui disini adalah seperti yang aku hanya impikan akan termakbul dalam masa 2 hingga 3 tahun lagi tetapi aku seperti dapat hidup dalam impian ini seketika. (Kerana ianya unit sewa bukan milik aku) Kiranya seperti aku di beri akan pra bayangan. Tetapi semuanya masih jauh perjalanan hidup aku kerana aku tidak akan berhenti berusaha untuk memiliki segalanya kerana aku pernah hilang segalanya.

Buat masa sekarang aku agak tenang kerana dapat lari dari segalanya. Aku harap pengubat-pengubat luka aku percaya bila aku berkata aku tidak akan pulang lagi.



Wednesday, April 15, 2009

Aku : Kasut


Bermula dari hari ini aku sudah mahu berhenti menggunakan beta sebagai kataganti nama kerana tiba-tiba terasa aku tidak perlu untuk menjadi cuba menjadi hero di alam siber kerana aku cukup hero seadanya.

Apa-apa pun hari ini aku ke lokasi yang telah lama aku senarai hitamkan tetapi terpaksa jua kesana bagi mengambil kasut yang telah ditatah seni oleh cik Rysa @ Lady esah . Sesungguh kerja tangan beliau sungguh memuaskan dan entah kenapa aku tidak terfikir hendak membayar lebih dek kerana kerja tangan beliau. Mungkin agak kagum dengan perbezaan insan sebenar dan juga gambar studio beliau.

Dari hati, aku akan gredkan kerja tangan beliau 9/10. Layanan beliau 10/10 (Tak tahu la pula kalau kamu bergatal dengan dia bagaimana beliau layan kamu). Tahap selia urusan dengan beliau 10/10.

Tetapi kamu perlu tahu akan kraf sebegini tidak boleh dipaksa maka perlu fikir akan logik kamu sebelum kamu guna ayat "beliau ini lembab la buat kerja"..kamu perlu faham kerana kreativiti tidak seperti menggosok baju.

Jika berminat sila kujungan akan blog beliau dan pelbagai pakej yang ada dah anda boleh meminta akan konsep yang anda mahu. Sebagai contoh, aku meminta konsep "Puzzle" + Darah + Kelakian. Aku tidak meminta beliau untuk drafkan kepada aku kerana aku percaya akan tahap kraf beliau dan aku hanya melihat kraf yang telah disiap ditatah keatas kasut dan sesungguhnya aku terus menyarungnya di situ jua terus ke destinasi yang lain kerana aku rimas dengan lokasi tadi. Kesimpulannya aku berpuas hati tetapi sayangnya aku tidak dapat memperaganya selalu. Mungkin setelah pulang dari tanah air nanti.

Monday, April 13, 2009

Ku-ots : Tanggungjawap


Maximus "You don't find it hard to do your duty?
Quintus "Sometimes I do what I want to do. The rest of the time I do what I have to"

Cicero "People should know when they're conquered."
Maximus "Would you, Quintus? Would I?" -Gladiator-2000

Beta suka akan cerita ini dan beta dengan jayanya telah menonton cerita ini lebih dari 8 kali sepanjang hidup beta. Tak tahu mengapa..tetapi konsep insan yang gagah, rebah dan kehilangan segalanya dalam sekelip mata dan bangun dengan lebih gagah tetapi mati setelah mencapai matlamatnya amat beta taksubkan.

"Pursuit of happiness" "7 pounds" "I am legend" "Punisher~Origin" "Batman~Origin" "Wolverine~Origin" "The Patriot" "Face Off" and of course "Gladiator" antara cerita yang beta sukakan :)

Tuesday, April 7, 2009

Langkah Beta : Keajaiban

Beta hari ini tersenyum ikhlas..melihat seorang anak lelaki lahir dengan jayanya 12:55pm hari ini..Dengan berat 2.75kg..Comel bukan? :) Cuma harap dia menjalani hidup jauh lebih baik dari ayahnya..

Tak perlu beta coretkan dengan panjang kerana beta hari ini rasa tenang rasa seperti mahu diam dan menikmati saat-saat ini..Dalam minda beta..beta akan berada di tepi pantai dengan anak kecil bermain layang-layang dan harap hari mendatang akan bawa bahagia untuk semua dan ketenangan bagi beta...Beta penat..letih..beta mahu rehat....
dan ini pula akan kosnya (Bagi sesiapa yang ingin tahu)

Sunday, April 5, 2009

Aku : Adegan 1

Frasa yang tidak mungkin hilang dari ingatan..

Babak 0.

Y : Ko lepak mana semalam? Ingat nak tumpang rumah ko..aku barai dow semalam..Ini pon "hangover" lagi ni..
B : Pi lalak sampai kul 3..

Y : Apa barang pi lalak..ntah apa-apa..
B : Yup..memang ntah apa-apa..Kitorang tak minum..tak cucuk langit..sudah tak pandai nak hidup macam tu..Ini hidup aku pilih sekarang..Lagipon aku dah alami semua itu dan aku rasa dah cukup..lagipon aku selesa kawan dengan nerd-nerd nih dari kawan-kawan lama aku..
Y : Hek eleh..ntah apa-apa..

B : Yup memang ntah apa-apa..ko cakap ko dah stop..Ko nak hidup normal..
Y : Hehe..bosan la..aku nak tenangkan fikiran..
B : Heh..ko ingat pesan aku dulu? Masa ko pregnant dulu siapa pungut ko? Masa ko ke'dalam' dulu sape jaga? Masa ko kene halau rumah dulu mana ko tumpang tido? Aku dah cakap..Ko jangan mimpi aku ada lagi teman ko lepas nih..
Y : Hurm..

B : Jangan sesekali ko perlekehkan cara hidup yang aku pilih..you dont fucking know me..Ko lupa? Aku ada dengan ko sekarang sebab aku anggap ko sama ranap, sama nasib dengan aku..tapi jalan ko dan aku pilih lain..Ada pernah aku perlekehkan?
Y : .........

B : So dont you fucking make fun of my stupid life now..I know it's lame in your eyes and trust me..i'm well aware of it myself..but at least i found my peace with them..You know well what i'm capable of back then..ok? Tutup buku ok?
Y : Sorry...

Babak 1.
A : Wah..hampir tak cam aku..lama tak jumpa..
B : Ek..
A : Dengar cerita ko dah 'banned' selatan Selangor..
B : Tak de pe la..
A : 3 Tahun gak kan tak jumpa ko
B : Ye ar kot..
A : Ko lain betul ar..Siap kurus suma..pakai pon dah 'style' len..
B : Berumur..
A : Ye la..ko pon dah kaya lain macam kan..aku dengar macam cite pasal ko..
B : Mana ada..jangan percaya mata dan telinga ko sangat..
A : Ko buat apa kat sini?

B : Nak pi Zegna pilih kain..
A : Erk..

Babak 2.
C : You ni nape?

B : Tak ada apa-apa..
C : You nak apa lagi?
B : Tak de apa-apa lah..
C : You nak buat i macam you buat orang lain ke? Cakap nak berubah..
B : Maaf..dah cuba..
C : Ini lah lelaki ! Dah dapat nak lari..
B : Kamu pergi tengok cermin..banding dengan gambar kamu 3 bulan dulu..Siapa kamu kini..kam cari orang lain sahaja la..kamu boleh miliki sesiapa sahaja sekarang..maaf..I dah cuba..jangan cakap i tak cuba..I dah buat siapa you hari ini..
C : I tak mintak semua tu..
B : Dan itu sahaja yang i boleh kasi..

Babak 3
D : Aku rasa ko nih dah tahap benci semua benda sampai tahap tak ada benda dalam dunia nih boleh puaskan ko..
B : Erk?!..........(Ouch..)

Babak 4
E : Ko nih hidup untuk apa? Yang ada ko lari..yang ni ko lari..yang tu ko lari..sudah ar..cukup la..
B : Aku tak boleh..
E : Yang ko pi layan in the first place apsal?
B : Aku ingat aku boleh..
E : Ko nih kan..tuhan dah bagi ko macam-macam

B : Dan dia pernah ambil semua..
E : Ya..aku tahu..itu dulu..tapi the point is..Ya..tuhan ambil semua yang penting bagi ko dulu..tapi Tuhan dah bagi ko macam-macam sekarang..Even aku terkejut dengan apa yang ko ada sekarang..tapi aku rasa tuhan tak pulangkan satu benda je pada ko..PERASAAN!
B : Erk?!..........(Ouch..)

Babak 5
G : Wak..orang dah 42kg :D
B : Tahniah..
G : Ingat tak wak cakap apa dulu..

B : Ingat..Tapi itu untuk kamu..Kamu dah boleh cari yang lain senang je lepas nih..maaf
G : ........
*45 minit kemudian..
G : ........
B : Bye..

Babak 6
F : Orang nak cakap sesuatu nih..jangan terkejut..
B : Ok.. (Erk..tolong ar..aku dah play safe gile-gile..erk..aduh..takkan kene kahwin..Sape nak jaga bayi itu nanti..)
F : Jangan terkejut..
B : La..Cakap aja la (Babi betul ar..cakap ar..aiseh..ada taggungan dah aku nampaknya..)
F : Ada orang ajak i kahwin..
B : Kahwin ar.. (Feuwh..)
F : Tuh je? You tak de rasa apa-apa ke?
B : Tak de..Kahwin je ar..
*Click! Tut..tut..tut..
B : Hello..Oit..Hello..

Babak 7
H : Ko masih tak boleh terima apa yang jadi ke? Cerita dah lama..sudahlah..
B : Aku boleh terima..bukan aku boleh ubah sejarah bukan? Dan ya..itu cerita lama..dah basi..dan tanpa cerita tu..aku tak kan jadi aku hari ini..
H : Dah tuh?
B : Aku mahu macam ni..aku mahu cerita aku berulang sampai bila-bila tapi bukan aku yang rebah..
H : Ko salahkan takdir ni..
B : Bukan..sudah ditakdir aku jadi macam ni..dah..tutup buku..ok?
H : Kalau tuhan ambil apa yang ko ada sekarang macam mana?
B : Dia pernah ambil semua dari aku..kenapa mesti aku risau kalau Dia mahu ambil kesemuanya sekali lagi? Takdir bukan? Sudah la..aku cakap tutup buku bukan?

Babak 8
B : Kita dah keluar dua kali..I rasa i kene cakap something..
I : Uiks? Ape? Ihiks..
B : You nak gelak you gelak ar..tapi ini i..i kene cakap..i tak nak ada rasa bersalah..
I : Ala..cakap la..pe you..
B : Jangan sesekali jatuh cinta dengan i..ok?
I : Huh?
B : I know myself well..you will hurt yourself by doing that..

Babak campuran
X : Awek orang tuh..
Q : Baru awek orang bukan tunang orang..
X : Tunang orang tuh..
Q : Baru tunang orang bukan bini orang..
X : Bini orang tuh..
Q : Baru bini orang bukan mak orang..
X : Oit..Mak orang tuh..
Q : Baru mak orang bukan mati..mati pon de orang balun..
X : O.o' Woo..Thats sick bro..
Q : You'll be suprise how sick people are nowdays..
X : Ko nih lembu pon ko balun..
Q : Bro..Cakap baik..at least kene ada lipstick dengan skirt ok?
(Kenyataan dari beliau..maka jaga lah pasangan anda dengan baik..dan ya..beliau jadikan .3gp sebagai tanda trofi kejayaan beliau)

Nota ini tiada kene mengena dengan babak-babak terdahulu :
Moral = Jika anda meniduri tanpa mencintai sila pastikan beliau tidak tinggalkan apa-apa didalam bilik anda..

[Dialog-dialog ini telah diubah suai dari yang asal bagi tidak kelihatan terlalu 'bombastic' tetapi intipatinya masih kekal demikian]